N A T U R A L


THE OWNER


Taggie board

OnGoingGiveaway
My cat :'(
Friday, December 13, 2013 • 2:31 AM • 1 comment{s}
Hai! Korang apa khabar? Kalau baik, Alhamdullillah.. Aku? Aku takde mood langsung hari ni. Bad mood sebab macam-macam cari jalan biar kasi kucing aku sekor tu sihat.. Aku kesian gila tengok kucing aku tu. Aku tak nak nasib dia mcm abang adik dia sebelum ni. Tapi yang buat aku terkejut beruk tu bila aku check nak tengok dia, tetiba mata dia kuning pekat giler! Aku , aishhh, Ya Allah! Aku tak tahu sangat nak buat apa. Dalam hati aku mungkin dia ni demam kut. Lepas tu, aku cepat-cepat check dekat internet sebab apa kucing mata warna kuning. Rupanya ada satu laman web tu aku jumpa yang kucing mata warna kuning sebab terkena penyakit demam kuning. Lepas tu aku terhighlight satu perkataam tu "Demam kuning boleh membuatkan kucing anda mati". Ya Allah, aku tak nak!!!! :'( Aku sayang sangat kucing aku. Dah la comel.. :( Lepas tu aku cari lagi dekat web kalau-kalau ade penawar untuk penyakit ni. Lepas tu, salah satu caranya ialah bagi kucing tersebut susu yang khas untuk kucing. Aku tanpa kata pape, terus tukar baju pergi kedai beli susu tu. Aku harap-harap berkesan. Hemmmm .. korang doakan agar kucing aku sembuh ye? Aku tak sanggup tengok dia terseksa duduk dalam kotak sengsorang. Doakan ye?? :')




Ni kucing-kucing aku yang dah mati akibat berjangkit dengan penyakit tu. Yang atas sekali paling aku sayang sebab dia selalu manja dengan aku...

Kucing yang tengah sakit skang ni nanti aku upload.









Blogger Sakina Suhaime said...

sabar erk syu..:(
btw..tkar skin baru?comel.:)

 

Post a Comment